Feeds:
Posts
Comments

KURSUS IBADAH KORBAN

Friday, November 20, 2009
8:30 AM to 5:00 PM
KURSUS IBADAH KORBAN
Old Village

Kampung Gerigis, Jalan Dato’ Kumbar

Alor Setar, Kedah 05000   Malaysia

Pengumuman

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan Perjumpaan dan Taklimat Khas Bersama Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena pada 16 November 2009 Jam 9.00 malam akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak. Majlis akan digantikan dengan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Batu 17 Jalan Naka Bil. 2/2009. Tarikh, masa dan tempat tidak berubah.

Harap Maklum!

KETUA CAWANGAN

GB4B (M) BATU 17 JALAN NAKA

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena, Kelab Rakan Muda Pokok Sena dan Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Taman Ilmu akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 8 Sepasukan, Kalah Mati Rakan Muda (Terbuka) pada tarikh, masa tan tempat seperti berikut:

Tarikh

20 – 21 November 2009

Tempat

i.  Padang Bola Pejabat Haiwan, Pokok Sena

ii. Padang Belia Pokok Sena

Pendaftaran

RM 60.00 (1 pasukan)

Penyertaan

Terhad kepada 64 pasukan terawal

 

HADIAH TUNAI

Johan – RM 800 + Medal + Piala Iringan

N. Johan – RM 500 + Medal

Tempat ke 3 – RM 300 + Medal

Tempat ke 4 – RM 200 + Medal

 

Borang penyertaan boleh didapati di:

PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH POKOK SENA

Tel: 04-7821687

En. Romzi: 012-5177761

En. Ku Saari: 017-4845883

 

Tarikh tutup penyertaan: 18 NOVEMBER 2009

Monday, November 16, 2009
9:00 PM to 11:00 PM
Perjumpaan dan Taklimat Khas Bersama Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena
Dewan Tok Det

Kampung Lancuk Emat

Pokok Sena, Kedah 06400   Malaysia

 

TASIK BERIS – Kewujudan lebih banyak persatuan belia yang berkualiti tinggi amat diperlukan berbanding hanya sekadar memenuhi tuntutan kuantiti kuota persatuan semata-mata.

Naib Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Pokok Sena merangkap Pengerusi Program Kem Pemantapan Sukarelawan Rakan Muda dan Organisasi Belia, Mohd Soffian Ibrahim berkata, perkara tersebut perlu diberi perhatian oleh mana-mana persatuan belia.

Menurutnya, antara ciri-ciri kualiti patut ada pada sebuah persatuan belia seperti mempunyai barisan pemimpin pelapis muda yang mampu menguruskan organisasi persatuan mereka dengan bersistematik.

“Justeru, bagi mencapai matlamat tersebut persatuan belia kami mengambil inisiatif menganjurkan program ini yang disertai oleh 40 orang peserta bagi menentukan hala tuju persatuan belia peringkat cawangan masing-masing.

“Selain itu, secara tidak langsung akan dapat memantapkan kekuatan mental dan fizikal golongan belia serta rakan muda menghadapi segala rintangan yang bakal mereka tempuhi pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Soffian berkata, pada masa yang sama setiap persatuan belia juga perlu bersaing melaksanakan pelbagai program berfaedah kepada masyarakat setempat seterusnya mencapai tahap ‘Star Rating’ terbaik.

“Di samping itu, bagi melahirkan lebih ramai belia berketerampilan tinggi, setiap persatuan belia perlu menekankan aspek berdikari dalam diri setiap ahlinya dari segi mencari peruntukan untuk mengadakan pelbagai program.

“Sebagai contoh pada program ini satu sesi taklimat berkaitan menjana pendapatan dalam bidang pertanian penternakan dan sebagainya turut diadakan bagi membuka minda mereka mencari pendapatan sendiri menambah pendapatan tabung persatuan,” katanya.

Dia berkata, pendedahan awal melalui persatuan belia seperti ini sememangnya amat membantu melahirkan golongan belia berwawasan tinggi dan mampu memimpin negara ke arah masa depan yang cerah.

“Pada tahun ini sahaja, terdapat empat tambahan cawangan Gerakan Belia (GB) 4B yang baru bagi kawasan Pokok Sena, dan lima cawangan GB 4B sedia ada seperti cawangan Bukit Pinang, Bukit Payung, Hutan Kandis serta beberapa buah lagi.

“Kami juga sedang berusaha untuk memantapkan organisasi persatuan masing-masing dengan cara melaksanakan jadual perancangan program dalam tempoh setahun sebagai garis panduan menilai tahap keaktifan persatuan masing-masing,” katanya.

Menurutnya, semoga segala perancangan untuk melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berkaliber mendapat sokongan daripada semua pihak terutamanya dalam kalangan masyarakat setempat.

Thursday, November 5, 2009
All Day
Kem Pemantapan Sukarelawan Rakan Muda Dan Pengurusan Organisasi Belia Parlimen Pokok Sena
Anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena bersama Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Pokok Sena…
D’Puncak Beris Resort

Tasik Beris

Sik, Kedah 08200   Malaysia

Monday, October 19, 2009
9:00 PM to 11:00 PM
Mesyuarat Exco GB4B (M) Kawasan Pokok Sena Kali Ke 7
Bilik Mesyuarat, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena

No. 9, Taman Bunga Sena

Pokok Sena, Kedah 06400   Malaysia